3 Strategi Untuk Memilih Team Dalam syarikat

3 Strategi Untuk Memilih Team Dalam syarikat

3 Strategi yang saya temui untuk memilih team, setelah melalui fasa survival dalam bisnes.

1 – Model

Pastikan ada model syarikat yang nak ditiru cara mereka bangunkan team. Setiap syarikat ada cara yang berbeza, kita boleh mula dengan meniru budaya mereka membangunkan team. Lagi bagus, meniru daripada beberapa buah syarikat yang terbukti budaya mereka bangunkan team.

2 – Tempoh Percubaan

Sediakan tempoh minima untuk melihat potensi mereka dalam syarikat. Biasanya adalah 3 bulan. Jika tidak cukup tempoh tersebut, boleh tambah sampai 6 bulan. Namun, jika tidak boleh juga jumpa potensi mereka, tukar calon lain. Dalam tempoh percubaan ini, jika tiada potensi, teruskan mencari lagi. Biasanya yang tidak perform dan tiada attitude akan keluar dahulu lebih awal.

3 – Cari Skill, Pilih Attitude

Waktu kita mahu iklankan jawatan kosong, tuliskan skill sahaja.

-Mahir photoshop
-Mahir adobe illustrator
-2 tahun pengalaman design

Tidak perlu tulis, kena rajin, boleh kerja lebih masa, sanggup tahan maki, suka senyum. Fokus pada skillsahaja dahulu ketika iklan. Waktu mereka hadir, ketika itulah kita nilai attitude mereka. Waktu ini, mahu senyum, rajin, atau tepati masa. Itu pilihan kita sendiri.

Waktu mencari, fokus pada skill. Masa fasa mahu pilih, baru kita lihat attitude. Attitude paling penting yang kita nak pilih sebagai team adalah, mereka yang “MAHU” belajar dan “MAHU” upgrade diri. Sebelum mahukan mereka yang “mahu” upgrade, kita dahulu kena upgrade diri sendiri.

Kita perlu upgrade circle bisnes kita sedia ada, jangan terlalu lama  dengan circle yang masih bekerja dengan gaya towkey. Semua kerja mahu buat sendiri. Cara orang bisnes fikir untuk perut sendiri tidak sama dengan orang bisnes yang mahu kembangkan syarikat, mereka berfikir untuk bangunkan orang lain sekali.

sumber : http://www.majalahniaga.com/3-strategi-untuk-memilih-team-dalam-bisnes.html


Leave a Reply