3 Tip Mudah Memulakan Perniagaan Melalui Instagram

3 Tip Mudah Memulakan Perniagaan Melalui Instagram

Selain daripada Facebook, Instagram juga merupakan salah satu platfrom yang kuat. Ikuti 3 Tips Berniaga di Instagram yang saya kongsikan dibawah:

1 – Kualiti Gambar

Gambar yang dimuat naik mestilah kelihatan cantik dan tidak pecah kualitinya supaya prospek akan lebih yakin dengan produk yang dijual. Disebabkan gambar di instagram tidak boleh dimuat naik secara banyak, adalah penting untuk kita memilih gambar yang betul-betul sesuai.

2- Kelebihan Produk

Kita membeli sesuatu atas dasar kelebihan/kebaikan sesuatu produk. Oleh itu, adalah perlu jika kelebihan produk dinyatakan dengan jelas. Gunakan simbol ‘tick’ ataupun ‘bullet’ supaya ianya nampak lebih teratur dan tersusun.

3- Copywriting Yang Menarik

Teknik copywriting yang menarik mampu menarik minta prospek untuk tahu lebih lanjut tentang produk yang kita jual. Salah satu cara adalah dengan penerapan elemen santai. Sertakan juga symbols atau emoticons yang sesuai supaya nampak lebih menarik.

Semoga perkongsian kali ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat untuk kita semua.

sumber : http://www.majalahniaga.com/3-tip-berniaga-di-instagram.html

Leave a Reply