4 Perkara Asas Yang Perlu Dititikberatkan Dalam Perekaan Logo Syarikat

4 Perkara Asas Yang Perlu Dititikberatkan Dalam Perekaan Logo Syarikat

Logo pada syarikat ibarat wajah bagi manusia seperti kita. Ia mempamerkan siapa diri anda, apa pendirian anda dan menjadi salah satu faktor utama tarikan pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Apabila mereka bentuk logo syarikat anda, di sini saya kongsikan 4 perkara penting yang harus diberi perhatian lebih.

#1-Jadi Seunik Yang Mungkin

Anda harus mereka logo perniagaan anda sedikit berbeza. Jenama yang baik kebanyakannya memiliki penampilan yang berbeza daripada jenama yang lain.

Sekiranya hal ini tidak diberi perhatian, rekaan logo anda hanyalah sia-sia lebih-lebih lagi terpaksa bersaing dengan jenama lain dalam satu industri yang sama.

#2-Lihat Pengguna Sasaran

Logo anda harus menjadi penyampai maklumat dan gambaran suara hati pelanggan yang berpotensi. Ketahui siapa pelanggan sasaran anda dan reka logo yang menarik jiwa mereka.

Hal ini mampu meningkatkan jualan anda sekiranya logo anda diingati pengguna dalam mendapatkan produk dan perkhidmatan.

#3-Ringkas Dan Fleksibel

Pengguna mungkin akan mengambil masa yang lama untuk memahami logo anda sekiranya bersifat rumit. Lihat sahaja logo-logo ternama di luar sana seperti Nike, Apple dan McDonalds; ringkas, tidak bercelaru dan kemas.

Selain itu, logo anda juga harus mampu menterjemah maksud sebenar produk dan perkhidmatan yang ditawarkan buat pengguna di luar sana.

#4-Jangan Hilang Fokus Kepada Fungsi Utama Produk

Memang benar, logo anda hanyalah salah satu aspek sahaja dalam penjualan produk anda. Apabila teknologi dan perkhidmatan menjadi faktor untuk memberi pengaruh kepada kuasa beli pengguna, jangan dilupakan juga kuasa magis pada rekaan logo.

Sebagai contoh pada syarikat Uber. Syarikat tersebut memiliki logo sendiri namun yang lebih penting adalah perkhidmatan, sistem, aplikasi dan sebagainya menjadi ukuran pengguna.

sumber : https://www.majalahniaga.com/4-perkara-asas-yang-perlu-dititikberatkan-dalam-perekaan-logo-syarikat.html

Leave a Reply