5 Kunci Tingkatkan Perkhidmatan Pelanggan Dalam Syarikat

5 Kunci Tingkatkan Perkhidmatan Pelanggan Dalam Syarikat

Apakah perkara yang paling penting yang anda boleh lakukan untuk meningkatkan hubungan dengan pelanggan anda? Seringkali kita terlepas pandang tentang perkara ini namun, ianya merupakan salah satu kepentingan dalam sebuah syarikat bagi mengekalkan prestasi antara pekerja dan juga pelanggan.

Tidak kira betapa hebatnya produk anda, sekiranya syarikat anda tidak mempunyai hubungan yang baik dengan pelanggan ia akan membuatkan prestasi syarikat tersebut akan jatuh. Oleh kerana itu, bahagian perkhidmatan pelanggan dalam sebuah syarikat adalah perkara yang paling utama.

Perkhidmatan pelanggan sering berhadapan dengan pelbagai ragam daripada pelanggan di luar sana. Oleh kerana itu, penting bagi setiap pekerja untuk memastikan mereka mempunyai kemahiran yang baik bagi memastikan mereka sentiasa menjaga hubungan dengan pelanggan yang datang untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan.

#1 – Mengukuhkan Kemahiran Perkidmatan Pelanggan

Pertama, ia adalah penting bagi memastikan bahawa pasukan perkhidmatan pelanggan anda mempunyai kemahiran dan komunikasi yang baik untuk berurusan dengan pelanggan anda. Namun, apakah kemahiran yang perlu ada pada setiap pekerja dalam perkhidmatan pelanggan?

  • Mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dan juga konsisten : Apabila anda bekerja dalam bidang perkhidmatan pelanggan, secara tidak langsung anda harus bijak untuk mengawal pelanggan yang hadir. Ada sesetengah pelanggan yang tidak mempunyai kesabaran yang tinggi dan mahu semuanya selesai dengan cepat. Anda harus tahu bagaimana untuk mengendalikan masalah tersebut dan memastikan pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.
  • Mempunyai komunikasi yang jelas : Pastikan setiap apa yang anda sampaikan mempunyai maklumat yang jelas dan dapat difahami oleh pelanggan tersebut. Selain itu, gunakan kata-kata yang positif supaya dapat meningkatkan mood seorang pelanggan itu menjadi lebih baik.

#2 – Melihat Kepada Perkara Yang Utama

Sekiranya pelanggan tersebut mendapat layanan yang buruk daripada perkhidmatan anda, ia akan merosakkan hubungan antara pekerja dan juga pelanggan tersebut. Apa yang perlu anda lakukan adalah, melihat kepada perkara yang utama iaitu, memastikan apa yang pelanggan inginkan daripada anda.

Pastikan setiap strategi yang dilakukan adalah menepati dengan segala usaha dan lakukan secara konsisten. Secara tidak langsung, segala strategi yang anda lakukan, dapat meningkatkan hubungan yang baik dengan pelanggan.

#3 – Meningkatkan Interaksi Antara Pelanggan

Jika pekerja anda mempunyai beberapa kemahiran yang diperlukan, ia merupakan satu bonus yang baik buat syarikat anda. Tetapi setiap kemahiran yang ada itu perlulah berkaitan dengan pelanggan, supaya hubungan antara pelanggan tidak akan terjejas.

  • Memahami kehendak pelanggan anda : Penting untuk anda menitik beratkan apa yang diperlukan oleh pelanggan dan mendengar pendapat daripada mereka. Sentiasa memahami kehendak mereka supaya mereka sentiasa merasa selesa untuk berinteraksi dengan anda.
  • Mengakui kesilapan anda : Seorang pekerja yang cemerlang adalah mereka yang sering mengaku kesalahan yang dilakukan oleh mereka. Ini adalah penting bagi membentuk dan membina kepercayaan dan keyakinan buat anda dan juga pelanggan.

#4 – Meningkatkan Strategi Perkhidmatan Pelanggan

Pekerja yang baik adalah mereka yang tahu dan bijak untuk mengambil hati pelanggan mereka. Tetapi apakah startegi yang anda boleh gunakan untuk membantu pelanggan bagi menyelesaikan masalah mereka? Adalah penting buat anda supaya memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan supaya mereka merasa gembira dan selesa.

  • Mewujudkan masyarakat yang ringan tulang : Jika anda sering memberikan perkhidmatan yang terbaik buat mereka, secara tidak langsung akan membuatkan pelanggan akan merasa lebih dihargai.
  • Memenuhi keperluan pelanggan anda : Pastikan anda memahami dan memenuhi keperluan pelanggan anda. Sentiasa memberikan tawaran VIP untuk pelanggan supaya mereka lebih gembira dan merasa dihargai. Selain itu, anda juga boleh membuat kaji selidik untuk mendapatkan idea serta menambah baik sekiranya terdapat beberapa perkara yang perlu dibaiki.

#5 – Memberi Maklum Balas Kepada Pelanggan

Tidak kira betapa produktifnya perniagaan anda, pastikan anda memberikan maklmum balas kepada pelanggan supaya mereka sentiasa merasa dihargai.

Selain itu, pelanggan juga diberi peluang untuk menyuarakan pendapat masing-masing bagi memastikan anda dapat mempelajari sesuatu yang baik mahupun buruk. Ini adalah demi meningkatkan produktiviti dalam sebuah syarikat.

Apa sahaja langkah-langkah yang anda ambil maklum balas merupakan perkara yang penting untuk kepuasan pelanggan yang menggunakan perkhidmatan tersebut. Ia bukan sahaja dapat meningkatkan produktiviti malah, pelanggan juga akan sentiasa rasa selesa untuk berinteraksi dengan anda.

sumber : http://www.majalahniaga.com/6-kunci-untuk-meningkatkan-perkhidmatan-pelanggan-dalam-syarikat.html

Leave a Reply