5 Rahsia Besar Bagaimana Mengembangkan Bisnes Melalui Platform Online

5 Rahsia Besar Bagaimana Mengembangkan Bisnes Melalui Platform Online

Saya baru nak mulakan bisnes secara online, tetapi susah nak dapat sales dan kembangkan bisnes. Nak buat macam mana ya?”

Adakah bisnes online dan bisnes offline itu berbeza? Jawapan ringkas, tidak! Faham ayat ni dalam-dalam :

Bisnes adalah bisnes. Ilmu fundamental bisnes adalah sama samada buat secara online atau offiline. Yang berbeza adalah kaedah dan teknik untuk membina perniagaan sahaja.

Banyak bisnes online yang tersadai adalah kerana mereka tidak menggunakan teknik & kaedah yang tepat. Kami pilih online kerana semua orang mampu untuk memulakan bisnes secara online dengan modal yang minimum berbanding memulakan perniagaan fizikal.

Bisnes online kami bermula dengan hanya RM2000 sahaja dan berpotensi menjana jutaan ringgit berbanding outlet fizikal yang menelan kos permulaan sahaja hampir RM 450,000!

1 – Engagement VS Content

Ada orang mempunyai content bagus, namun engagement dia sangat rendah. Kita nilai engagement dengan melihat Likes, Shares & Comments.

Content dan engagement perlu berlaku serentak jika tidak kita akan buang banyak masa mencipta isi kandungan dengan hanya mempunyai respon rendah. Apabila respon rendah maka tiada pulangan pelaburan. Untuk tahu jenis kandungan yang ingin kita sampaikan, kita perlu kenal siapa prospek kita.

Ramai pemilik bisnes tersalah lihat nombor; sibuk kejar likes yang mereka dapat tanpa merujuk secara serius di bahagian jualan yang tidak seberapa baik. Lihat nombor yang betul, jangan terpesona hanya dengan likes.

2. Produk Yang Menyelesaikan Masalah

Produk atau servis yang kita ketengahkan perlu ada tempat dalam hidup sasaran pelanggan kita. Lebih bagus lagi, kalau produk. servis tersebut menyelesaikan masalah yang jelas.

Contoh :

Elle Zada Tailoring House : Menyelesaikan masalah pemilik bisnes yang ingin mendapatkan servis tailoring yang berpengalaman, bertanggungjawab dan boleh dipercayai.

3. Produk Yang Bagus

Tiada yang lebih baik melainkan mempunyai produk yang bagus . Produk yang bagus akan mencetus pemasaran yang paling berkuasa di dunia yakni – Word of Mouth!

Ini adalah pemasaran yang paling berkesan kerana secara semulajadi, manusia lebih percaya saranan orang lain berbanding cakap pemilik.  Pastikan produk, servis bisnes kita bertaraf 4 bintang ke atas.

4. Servis Perkhidmatan Cekap

Servis yang bagus adalah keramat bisnes. Mereka akan terkenang perasaan senang hati berurusan dengan bisnes kita. Servis yang bagus tidak boleh terhenti di peringkat pemilik bisnes sahaja tetapi perlu berlaku di setiap peringkat lebih-lebih lagi bahagian depan bisnes yang berurusan secara terus dengan pelanggan.

Pelanggan atau klien yang gembira akan sentiasa kembali berurusan dengan bisnes kita.

5. Timing : Bila & Bagaimana

Setiap produk dan servis ada kitarannya. Kita perlu tahu bila mahu perkenalkan dan bagaimana untuk melakukan promosi. Tanpa kefahaman yang betul tentang elemen timing, memang stok akan duduk berhabuk dalam stor.

Ambil tahu bila hari cuti dan hari bonus. Ambil tahu apa senario semasa yang menarik perhatian prospek kita. Master of Timing is the Master of Business!

sumber : http://www.majalahniaga.com/5-rahsia-besar-bagaimana-mengembangkan-bisnes-melalui-platform-online.html

Leave a Reply