6 Perkara Yang Bakal Membuat Bisnes Restoran Lingkup Sebelum 3 Tahun

6 Perkara Yang Bakal Membuat Bisnes Restoran Lingkup Sebelum 3 Tahun

Kalau tiada ilmu jangan nak ‘try-test’ buka restoran. Lesap semuanya nanti. Orang yang cenderung buka Bisnes restoran kerana ada duit, kemungkinan besar akan kecundang sebelum 3 tahun (restorannya hidup segan mati tak mahu atau tutup terus), apalagi jenis manusia yang tak mahu belajar.

Kenapa saya kata begitu? Saya nak cerita sedikit tentang pengalaman dan pemerhatian saya yang menjadikan perkara ini terjadi.

#1 – Modal

Buka Bisnes restoran modalnya besar. Bajet renovasi dan peralatan mungkin sudah selesai tetapi bajet lain ada sediakan? Termasuklah bajet ‘rolling’ untuk 6 bulan ‘survive. Bajet promosi dan pemasaran belum masuk lagi.

#2 – Towkey Lepas Tangan

Biasanya orang yang berduit buka Bisnes restoran akan ‘delivery’ banyak benda kepada ‘orang harapan’ untuk aturkan segalanya. Mungkin towkey ambil tugas dalam pembelian (kononnya kontrol dan jaga bajet). Perkara lain dia tidak jaga.

#3 – Tidak Sediakan ‘Cara Kerja’ Atau SOP

Semua main sekali arah sahaja. Kalau dapat pekerja berpengalaman mungkin bagus tetapi bila dapat orang baru, letih mengajarnya dan banyak pembaziran tenaga dan waktu.

#4 – Tamak

Bisnes restoran tak perlu tamak sangat, bila dah dikuasi benda ini, bersedialah untuk menanggung risiko. Tamak yang macam mana? Boleh jadi nak sediakan semua lauk. Menu ala carte ada, buffet pun ada. Semua nak sedia. Mungkin juga dia buat 2+1. Restoran dibuka, katering diambil tetapi tim tak kuat.

#5 – Cita-Cita Terlalu Tinggi

Terlampau bercita-cita tinggi. Kebanyakan orang berduit ini jenis yang bercita-cita tinggi dan ber ‘nafsu besar’. Apabila Bisnes restorannya sudah mulai tumbuh mekar datanglah ‘idea’ hendak buka cawangan baru lagi. Tak salah, tapi tanya diri dulu. Bersediakah saya?

#6 – Tidak ‘Upgrade’ Ilmu

Ini antara penyakit paling banyak saya temui. Tanpa ilmu, pengetahuan kita setakat yang kita tahu dan belajar sahaja sedangkan ilmu pengurusan Bisnes restoran ini luas dan kena ‘upgrade’ kan selalu. Bila ilmu sampai batas siling anda kena tambah lagi atau gajikan orang yang lebih pengetahuannya dari anda.

sumber : http://www.majalahniaga.com/6-perkara-yang-bakal-membuat-bisnes-restoran-lingkup-sebelum-3-tahun.html

Leave a Reply