6 Tip Asas Supaya Anda Sentiasa Berdisplin Semasa Berniaga!

6 Tip Asas Supaya Anda Sentiasa Berdisplin Semasa Berniaga!

Jika anda mahu memulakan perniagaan, penting untuk anda sentiasa berdisplin supaya menjadi usahawan yang berjaya satu hari nanti. Jika tidak boleh buat semua, sekurang-kurang paksa diri untuk buat perkara-perkara asas seperti di bawah dahulu.

1 – Tetapkan Gaji

Tetapkan gaji kepada pemilik walau hanya RM100 sahaja sebulan. Walaupun perniagaan masih dirasakan masih tidak mampu nak menggajikan diri, bagi juga gaji dan ambil walaupun seminima RM100.00. Ini disiplin.

Seterusnya, catatkan jualan harian dan juga pembelian harian walaupun pembelian tunai yang tak beresit. Setiap pembelian mesti disimpan resit atau invoice. Jangan di campur wang peribadi dengan wang syarikat.

2 – Jualan Harian Mesti di ‘Bank In’

Setiap jualan harian mesti di ‘bank in’ ke dalam bank. Pilih bank yang punya mesin cash deposit yang terdekat. Setidaknya (pada hujung bulan) kita hanya perlu jumlahkan di penyata bank untuk mengetahui jualan bulanan.

3 – Maksimakan Pembayaran

Maksimakan pembayaran menggunakan cek. Ini memudahkan kita ‘trace‘ bayaran di penyata bank. Setidaknya (pada hujung bulan) kita tahu berapa jumlah duit keluar seperti yang tercatat di penyata bank. Hanya perlu campur dengan bayaran tunai yang dilakukan sahaja (rujuk resit tunai).

4 – Syarikat Mempunyai Kemudahan

Pastikan syarikat punya kemudahan perbankan online seperti maybank2u atau cimbclick. Ini penting untuk kita lihat penyata semasa bank (lihat transaksi).

5 – Jumlahkan Semua Jualan Harian

Awal bulan kedepan, jumlahkan semua jualan harian – (A)

Jumlahkan juga pembelian bahan mentah (kumpul resit belian) + (overhead) seperti bayaran gaji + bayaran installment (yang berkaitan dengan perniagaan) + sewa +utiliti (elektrik+air+phone) – (B)

Jumlah jualan (A) – dengan overhead (B), dapatlah jumlah untung atau rugi. (Ini bukan kaedah detail, tapi boleh digunakan untuk perniagaan yang baru dimulakan).

6 – Untung Atau Rugi

Jika untung, kita akan tahu berapa untungnya. Jika rugi kita akan tahu berapa ruginya. Jika untung, kita boleh rancang berapa RM boleh dilaburkan balik dalam bisnes dan berapa RM boleh buat ambilan selamat. Jika rugi, kita boleh tengok di mana kita boleh kecilkan kos dan kita tahu kita sudah tak boleh buat ambilan. Belajar dan amal perkara asas dalam bisnes barulah kita akan rasa bahawa kita betul-betul berbisnes.

Leave a Reply