7 Formula Unggul Untuk Urus Bisnes Dengan Sistematik

7 Formula Unggul Untuk Urus Bisnes Dengan Sistematik

Bukan mudah dan bukan juga mustahil hendak memastikan sesuatu bisnes itu dapat diturunkan dari satu generasi ke satu generasi serta membina legasi tersendiri.

Apa yang penting adalah membina sistem dengan pasukan bisnes yang mantap dengan Formula FOMAH + 2. Ia meliputi dua strategi penting dalam bisnes. Orang Cina panggil ‘Strategi Chopstick’. Ada yang fokus membuat duit dan yang fokus menguruskan duit. Kalau salah satu chopstick patah, sukar untuk bisnes berkembang dengan lebih jauh.

Bina Sistem Bisnes Yang Mantap Dengan Formula FOMAH + 2

F: Financial. Segala rekod pendapatan & perbelanjaan direkodkan. Ia perlu selari dengan penyata bank. Boleh guna buku log, microsoft excel, software atau sistem online. Untuk Enterprise jika rekod cantik boleh upgrade kepada PLT atau Sdn Bhd. Selepas itu, bisnes anda boleh pergi lebih jauh lagi.

O: Operation. Ini bergantung kepada bisnes itu sendiri. Bagaimana hendak pastikan perjalanan serta operasi syarikat berjalan lancar. Ada bisnes jual produk, ada bagi servis dan lain-lain. Kita yang lebih faham bisnes kita. Jadi kita yang latih, outsource kepada orang lain jika ingin kembangkan bisnes.

Gunakan Standard Operating Procedure (SOP) yang dinyatakan secara jelas sama ada secara bertulis, bergambar atau di-videokan. SOP yang bagus adalah apabila sesiapa sahaja yang dilatih dengan menggunakan SOP tersebut, boleh menjalankan tugas tersebut dengan baik.

M: Marketing adalah nadi bisnes. Ia bukan perbelanjaan tetapi adalah pelaburan. Banyak strategi yang diajar di luar sana. Secara asasnya, ia terbahagi kepada Teknik Double O iaitu: Online & OfflineOfflineseperti bunting, banner, poster, flyers dan lain-lain.

Online pula seperti laman web, media sosial, search engine optimisation (SEO), Mudah.my, Google Adwords, fb ads dan banyak lagi. Strategi untuk implementasi pula ada bermacam-macam contohnya freemium, diskaun, cross-sellingback-end, copywriting dan lain-lain.

Tidak semua jenis marketing sesuai untuk semua jenis bisnes. Anda perlu buat kira-kira seperti return on investment (ROI) untuk mengetahui keberkesanan marketing anda.

Satu lagi kena belajar ‘market segmentation’ sebelum buat marketing. Baru mesej kita sampai pada orang yang tepat. Marketing era baru menggunakan kaedah sharing iaitu content marketing & story telling untuk meningkatkan kredibiliti kita & juga bisnes.

Sales berbeza sedikit dengan marketing iaitu ia memfokuskan kepada jualan. Syarikat yang bagus mempunyai pasukan jualan atau agen jualan yang bagus di mana mereka sentiasa diberi latihan, motivasi dan ‘reward‘ untuk meningkatkan jualan.

A: Administration. Tugasan ini nampak ringkas pada awal-awal bisnes, tetapi semakin lama ia menjadi semakin penting. Ia termasuk dokumentasi, pemfailan dan urusan untuk mendapatkan pensijilan, Ministry of Finance (MOF), Sijil Bumiputera, ISO, Halal dan sebagainya.

H: Human Resource. Bahagian jabatan ini fokus untuk membawa masuk, melatih orang baru atau sedia ada dalam syarikat. Bagaimana hendak memastikan kualiti pekerja sentiasa dalam optimum dan seterusnya mereka memberi perkhidmatan yang ‘beyond expectation’ kepada pelanggan.

Research & Development Dan Public Relation

Sesetengah bisnes perlukan juga bahagian Research & Development (R&D) untuk meningkatkan kualiti & mengeluarkan produk, modul, perkhidmatan. Kumpulan ini juga dipanggil ‘think tank’.

Public Relation (PR). Ini biasanya bisnes yang sudah stabil dan memerlukan penjagaan hubungan bersama klien, partner & networking.

Apapun, andalah yang menentukan bagaimana bisnes anda diuruskan. Sistem yang cantik akan membolehkan bisnes anda meninggalkan legasi walaupun sesiapa sahaja menguruskannya pada masa akan datang.

Sebesar manapun bisnes itu, ia bermula dengan langkah pertama. Awal-awal bisnes mungkin kita buat banyak tugasan. Semakin lama boleh serahkan pula kepada orang lain.

Mulakan dengan apa yang kita ada. Tidak semestinya modal yang besar. Yang penting ada ilmu & strategi.

sumber : http://www.majalahniaga.com/7-formula-unggul-untuk-mengurus-bisnes-dengan-sistematik.html

Leave a Reply