9 Peraturan Wajib Pemasaran Media Sosial

9 Peraturan Wajib Pemasaran Media Sosial

Memaksimakan penggunaan media sosial untuk tujuan marketing adalah tindakan yang bagus dan bijak. Dengan adanya content yang kuat, anda boleh menarik audien yang ramai sebagai tapak untuk pelanggan anda berkunjung.

Tetapi nak buat marketing guna media sosial ini bukan senang. Ada 10 peraturan media sosial yang harus anda patuhi dalam pemasaran media sosial.

Walaupun kos pemasaran medium ini lebih murah akan tetapi cabarannya lagi besar dan silap haribulan boleh sebabkan kerugian yang mahal. Jika anda ikut 10 peraturan ini anda akan meminimakan kesilapan anda dalam pemasaran media sosial.

1-Peraturan Mendengar

Untuk berjaya dengan media sosial, anda perlu lebih mendengar dan kurangkan bercakap. Cuba baca dan tafsir target audien online anda dan ikuti perbincangan untuk belajar apa yang mereka mahukan dan perlukan.

Kemudian baru anda cipta content anda dan mereka dapat rasakan informasi yang anda berikan berkait rapat dengan mereka dan sangat membantu. Barulah tidak syok sendiri bila share content atau maklumat. Bila content anda bantu mereka, mereka akan sentiasa mengikuti anda kerana anda beri tambah nilai kepada mereka.

2- Peraturan Fokus

Jangan terlalu ghairah nak tarik audien dengan kongsikan semua perkara yang anda rasa menarik. Kalau anda ada banyak produk atau banyak servis, jangan jalankan marketing serentak.

Fokus kepada satu-satu perkara pada masa kerana kita tidak mahu audien kita keliru dengan apa yang kita ingin lakukan sebenarnya. Pemasaran yang berfokus bantu bina nilai jenama yang kuat dan peluang untuk berjaya lebih tinggi berbanding pemasaran yang 360 darjah tetapi target sasarannya tidak menentu.

3-Peraturan Kualiti

Dalam apa jua perkara pun, kualiti sentiasa mendahului kuantiti. Lebih baik ada 1,000 audien yang aktif secara online yang like,komen,share content kita daripada ada 10,000  audien yang tidak aktif, tidak respon dan tidak berkongsi content kita.

Mungkin jumlah audien, likers, followers kita sikit akan tetapi mereka bantu bina platform niaga kita secara perlahan-lahan berbanding ada beratus ribu followers tetapi mereka ini tidak menyumbang kepada kebaikan perniagaan kita.

Tidak guna kalau nampak gah diluar tapi kosong didalam. Biar sikit tetapi naik ke atas berdikit-dikit. Yang penting niat kita untuk menyumbang dan menyebarkan kebaikan harus sentiasa dipegang selain daripada keuntungan semata-mata

4-Peraturan Kesabaran

Tidak mungkin media sosial dan strategi pemasaran content yang kita buat akan berjaya dilakukan dalam semalaman. Jangan putus asa jika jumlah audien dan engagement anda dengan mereka tidak mencapai target.

Buat pemasaran online ini memang perlu banyak kesabaran. Walaupun kita rasa hampa kerana content kita tidak mendapat sambutan, teruskan usaha secara konsisten.

Cuba juga bereksperimentasi dengan pelbagai strategi yang lebih dekat dengan audien. Mungkin artikel, mungkin video, mungkin animasi. Kekalkan sabar untuk lihat hasilnya yang kita laburkan secara konsisten.

5- Peraturan Daya Tarikan

Hakikatnya, kalau kita berjaya menghasilkan content yang menarik, berkualiti dan bermanfaat, mereka akan share kepada audien mereka dan bantu anda bina audien yang kuat.

Perkongsian daripada mereka akan bantu naikkan rating carian dan memudahkan audien baru melihat dan menjumpai content anda.

6-Peraturan Daya Pengaruh

Kenal pasti audien yang berkualiti dan berpengaruh seperti mempunyai ramai followers misalnya. Habiskan masa membina hubungan baik dengan mereka dan buat mereka tertarik dengan skop bisnes anda.

Sentiasa jaga hubungan baik dengan mereka dan manfaatkan peluang ini untuk tambah kekuatan audien.

7- Peraturan Nilai


Jika kita asyik posting yang bertujuan untuk paksa orang beli produk tanpa sedar, lama-kelamaan kita akan kehilangan mereka sebagai audien kita apatah lagi mengharapkan keterlibatan mereka untuk bantu bisnes kita jadi kuat.

Sentiasa cari dan beri sesuatu yang akan beri tambah nilai kepada audien kita dan bantu mereka upgrade diri. Apabila mereka mendapat sesuatu yang baru, mereka akan teruja dan kongsikan dengan orang tersayang. Secara automatiknya, anda sudah ada promoter bergerak percuma bagi bisnes anda.

8- Peraturan Layanan

Marketing media sosial adalah ibarat promosi untuk kedai virtual kita. Konsepnya lebih kurang sama dengan kedai fizikal , jadi anda harus rajin melayan audien dengan baik dan cepat.

Berikan layanan mesra meskipun mereka tidak membeli apa-apa tetapi sekadar berkunjung. permudahkan mereka untuk melihat ke dalam kedai anda. Sediakan harga, sediakan maklumat, sediakan tarikh dan masa jika perlu.

Jangan promosikan sesuatu tanpa harga, buatkan pelanggan tertanya-tanya, kemudia bila mereka pm atau mesej, anda mintak mereka Whatsapp pula. Sebagus atau sehebat mana pun produk anda pasti mereka akan berlalu pergi kerana sakit hati dengan anda yang konon nak berniaga tetapi tidak reti.

9-Peraturan Pertukaran Nilai

Kalau kita tidak baik dengan orang macam mana orang nak baik dengan kita. Kalau kita tak peduli orang macam mana orang nak peduli dengan kita.

Jadi, konsepnya, jangan harapkan orang lain share dan ikuti content kita dari masa ke semasa jika kita sendiri tidak share dan ikuti perkembangan audien. Saling bertukar informasi akan bantu anda untuk maju setapak lagi.

Luangkan masa untuk melihat aktiviti mereka dan lihat bagaimana mereka kembali membalas tindakan anda dengan penghargaan kepada usaha anda dalam pemasaran media sosial.

sumber :
http://www.majalahniaga.com/9-peraturan-wajib-pemasaran-media-sosial.html

Leave a Reply