Amalan-Amalan Penting Semasa Menjalankan Perniagaan

Amalan-Amalan Penting Semasa Menjalankan Perniagaan

Keberanian melompat dari hidup bergaji ke hidup mandiri, tak kisah berniaga nasi lemak mahupun mereka yang empunya empayar perniagaan – ini pasti terlintas di benak awak dan saya sebelum berjinak menjadi usahawan.

Namun yang pernah atau sedang menghalang kita dari kejayaan ialah hendak berniaga tetapi malu menjual.

Mungkin anda tidak sedar yang anda sentiasa menjual selama ini:
Ketika awak dan saya ingin melanjutkan pelajaran, kitalah produk. Prospeknya pembiaya, dan jualan ditutup bila anda terima biasiswa.

Ketika anda dewasa dan dalam mencari pasangan hidup, awaklah produk yang dijual. Pembelian termeterai dalam bentuk akad nikah.

Kalau tidak menjadi masalah menjual bila produknya adalah diri kita, mengapa bila berniaga malu pula nak menjual?

Sebab utamanya ialah perasaan takut ditolak pelanggan. Ketakutan ini juga sebab utama mengapa perniagaan anda sukar berkembang.

Kita takut sebab kita tak faham. Kita tak faham apa itu kitar jualan. Jikalau anda tidak pernah berjinak sebagai jurujual, anda mungkin tidak sedar penolakan adalah perkara biasa.

Ini lumrah perniagaan, ada yang membeli ada yang menolak.

Bayangkan menjual ini ibarat memasak.

Bila anda belajar memasak, anda perlu belajar kegunaan alatan dapur yang berbeza. Lesung untuk menumbuk, kuali untuk menumis, periuk untuk masak sup, dan sebagainya. Setiap langkah dalam proses memasak ada alatan yang bersesuaian.

Bayangkan kali pertama masuk dapur dah disuruh buat kari kepala ikan. Pasti kelam kabut tak tahu alat apa nak guna, dan mana terletaknya rempah-ratus dalam dapur kan? Untuk merumitkan hal ini, anda tak pernah pun makan kari kepala ikan. Bagaimana rasanya kari yang anda buatkan buat kali pertama ini?

Menjual pun macam memasak juga. Ada proses yang perlu dipelajari, dan terdapat alatan yang akan membantu anda di setiap langkah proses penjualan untuk membantu pelanggan anda membuat keputusan yang terbaik.

Di sini saya kongsikan 5 amalan penting ketika buat sales:

1 – Bina Kepercayaan Melalui Keikhlasan

Tidak pernah saya jumpa pelanggan yang membeli daripada orang yang tidak ikhlas. Jika pelanggan dapat rasa yang anda tidak ikhlas, produk sebaik mana pun sukar dijual. Produk dinilai melalui logik, pengguna membeli kerana emosi.

2 – Rajin Bertanya Mencari Keperluan Dan Masalah Pelanggan

Tanya soalan-soalan yang membantu pelanggan membuat keputusan. Misalnya berniaga nasi lemak, tanyakan apa yang mereka nak dan tak nak dalam bungkusan nasi.

4 – Sedia Menghadapi Bantahan Pelanggan Terhadap Produk Anda

Pelanggan akan sentiasa ada bantahan sebab mereka inginkan yang terbaik. Bantahan selalunya berpokok kepada dua perkara – masa dan pulangan.

Return of investment orang putih kata. Jika anda bantu pelanggan jimat masa, itu penjimatan kos bagi tuan punya perniagaan dan untuk yang mengguna itu anda bantu mereka balik dari kerja tepat masa.

5 – Tutup Sales

Kesilapan yang selalu saya jumpa ialah pelanggan dah sedia buka dompet nak bayar, tetapi yang menjual tak memberitahu apa langkah seterusnya yang pelanggan perlu ambil. Ini ibarat anda dah sedia hendak pesan nasi lemak tapi pelayan tukar topik bawa menu lain dan tak endah pesan nasi lemak awak.

5 amalan di atas adalah asas kepada sales dan harus disesuaikan mengikut keadaan anda. Lain perniagaan lain kitar jualannya.

Ingat kita semua suka membeli dan kita membeli daripada orang-orang yang buat kita senang hati dan percaya.

Tugas peniaga ialah sentiasa bersedia untuk membantu pelanggan membuat keputusan membeli yang terbaik dan senangkan proses pembelian bila pelanggan sedia membeli.

sumber : http://www.majalahniaga.com/amalan-amalan-penting-semasa-menjalankan-perniagaan.html

Leave a Reply