Apakah Sebab Utama Anda Memulakan Perniagaan?

Apakah Sebab Utama Anda Memulakan Perniagaan?

Dalam kehidupan kita seharian, pelbagai perancangan atau aktiviti harian yang kita rencanakan kadangkala tidak mengikut seperti yang di harapkan.

Ada yang berjaya mahupun sebaliknya, ini adalah hasil dari perancangan yang kita lakukan sendiri.

Pada kali ini suka penulis ingin melontarkan satu perkara yang berkaitan dengan perniagaan iaitu mengapa dan kenapa kita berniaga. Satu persoalan yang jarang diambil kira oleh sesetengah dari kita tentang niat dan matlamat dalam pekerjaan sunnah ni.

Dunia sekarang semakin mencabar dengan kehadiran pelbagai akses teknologi dan pelbagai cabang perniagaan yang memungkinkan seseorang itu menceburkan diri dalam perniagaan daripada kerja makan gaji. Bilamana kita sudah dapat ‘ramuan’dalam berniaga maka secara tidak langsung minat ke arah itu menjadi sebati dalam jiwa naluri kita.

Kunci utama dalam setiap pekerjaan kita adalah niat kita. Sabda hadis nabi saw bermaksud ‘Setiap amalan bermula dengan niat dan bagi setiap orang itu akan memperolehi dengan apa yang diniatkan.”

Disini ingin saya senaraikan sedikit sebanyak antara sebab musabab mengapa kita berniaga :

1) Rancangan Pelaburan Kehidupan

Pelaburan jangka masa panjang atau pendek. Dengan berniaga secara tidak langsung seseorang itu dapat mengumpul aset sebagai jaminan masa hadapan. Ramai antara kita ingin memiliki harta seperti rumah,kereta , tanah, simpanan hari tua kita dan sebagainya. Dan ini juga menggalakkan aktiviti menabung untuk generasi akan datang.

2) Impian Menikmati Kesenangan & Kekayaan

tss

Impian untuk kesenangan atau kekayaan. Semua manusia ingin hidup senang dan tidak mahu meminta-minta atau dengan kata lain hidup susah. Ingatlah hadis nabi SAW bermaksud ‘Hampir-hampir kemiskinan menjatuhkan diri kepada kekafiran’.

Berdasarkan hadis ini kita dapat jadikan sebagai sandaran dalam kehidupan ini bahawa membasmi kemiskinan itu satu tuntutan dalam masyarakat madani.

3) Satu Sunnah Junjungan Nabi S.A.W

Sebagai sunnah Nabi SAW. Sudah tertulis dalam sirah dan perjalanan sejarah nabi bahawa perniagaan ini merupakan satu pekerjaan yang dilakukan oleh para nabi dan alim ulamak.

Ia juga sebagai medium untuk mendapatkan rezeki yang halal, bersih dan yang paling utama adalah keberkatan. Hadis nabi SAW bermaksud, ‘Sembilan per sepuluh dari rezeki adalah berniaga’.

4) Proses Untuk Banyak Belajar Ilmu Kehidupan

tss

Sebagai lapangan ilmu dalam mengenali dan pembelajaran dalam bidang perniagaan. Seseorang yang ingin berniaga harus mengenali perwatakkan karakter seseorang, keadaan sosio masyarakat, iklim, ekonomi, pergaulan setempat dan sebagainya.

Ini antara ‘resepi’ kejayaan bagi seseorang yang ingin mengutip mutiara ilmu berharga dalam perniagaan. Tidak ada istilah malu dalam mempelajari sesuatu ilmu.

5) Supaya Gaya Berfikir Lebih Kreatif

Menjana kreativiti atau keupayaan berfikir. Dalam perniagaan kita harus bersedia untuk menghadapi masalah sama ada besar atau kecil. Kesan dari ini akan melahirkan keupayaan sendiri atau modal insan yang mana ia menjadi aset atau bakat yang dikurniakan oleh Allah taala.

6) Tuntutan Agama Dalam Hubungan Masyarakat Islam

Zakat, sedekah, infak dan derma. Perkataan yang sering kali kita kedengaran. Ini adalah satu amalan yang sangat dituntut dalam agama islam sendiri supaya bersedekah kepada yang memerlukan. Secara tidak langsung ia sebagai “pulangan” kepada masyarakat sendiri dan sebagai saham kita di akhirat kelak.

tss

Akhir sekali sebagai penutup dapatlah kita memahami bahawa perniagaan yang kita jalankan sama ada secara langsung mahupun tidak haruslah dijadikan jambatan untuk keredhaan Allah Taala. Seumpama seorang pedagang yang mana akan meneruskan perjalanan yang jauh kerana ia tahu bahawa tempat persinggahan yang ada depan mata ini hanyalah sementara sahaja.

sumber : http://www.majalahniaga.com/apakah-sebab-utama-anda-memulakan-perniagaan.html

Leave a Reply