Bagaimana Ingin Meluaskan Jaringan Perniagaan Ketika Musim Perayaan

Bagaimana Ingin Meluaskan Jaringan Perniagaan Ketika Musim Perayaan

Bagaimana kita boleh menjadikan raya ini sebagai waktu terbaik untuk meluaskan jaringan perniagaan?. Inilah masanya kita boleh membina jenama peribadi di kalangan keluarga dan kenalan. Bukan untuk menjual, sekadar mahu membina jenama diri dan melatih diri untuk lebih berani bercakap.

#1 – Buang Sifat Malu

Buang sifat malu tidak bertempat. Bila ada yang bertanya, ” Buat apa sekarang ?” Siapkan jawapan-jawapan low profile yang tidak menjual langsung. Contoh, ” Sekarang berniaga penapis air Coway di Kuala Lumpur tu. Baru nak belajar-belajar menjual bang”.

#2 – Bawa Kad Bisnes Bersama

Bawa bersama kad bisnes atau apa sahaja bahan promosi berkaitan perniagaan ketika berkunjung ke rumah sanak saudara. Sekiranya perlu, boleh ambil dan berikan kepada mereka. Contoh, ” Ini kad bisnes saya, ini pula promosi penapis air yang sedang kami tawarkan “.

#3 – Promosikan Produk

Promosikan dan gunakan produk yang kita jual itu sekiranya bersesuaian. Sebagai contoh, Tuan menjual minyak wangi, shawl, pakaian dan jam G Shock. Pakai kesemua produk tersebut dengan penuh yakin dan bahagia sekali. Bila ditanya sahaja, ” Wah, wanginya moksu hari raya ni”

#4 – Bercerita Aktiviti Perniagaan

Bercerita aktiviti-aktiviti terkini perniagaan kita apabila ditanya. Jawablah dengan berani dan jujur sekali. Sebagai contoh, jika tuan menjual pakej-pakej pelancongan dan umrah, jawab begini, ” Rupa-rupanya semenjak menggunakan Facebook sebagai media promosi, tak menang tangan kami dibuatnya. Selepas raya nanti, hampir setiap bulan kami ada trip ke New Zealand. Oh ya, Umrah musim sejuk pun semakin mendapat sambutan”.

Usah memburukkan bisnes orang lain sekiranya kita tidak suka. Ya benar, tidak semua benda yang boleh masuk dengan kepala kita. Tetapi, bagi menjaga keharmonian Aidilfitri, elok sahaja kita diam, senyum dan layankan apa yang dibicarakan itu. Biasalah, waktu raya begini semua orang mahu jadi Champion.

Pemasaran bermula dengan diri sendiri, bukan dengan orang lain. Orang bisnes yang jiwanya cekal, mana boleh memisahkan dirinya dengan perniagaan. Pusing ikut jalan apa sekalipun, pemikirannya tetap bisnes juga.

sumber : http://www.majalahniaga.com/bagaimana-ingin-meluaskan-jaringan-perniagaan-ketika-musim-perayaan.html

Leave a Reply