Bentuk-Bentuk Penipuan Yang Sering Diamalkan Oleh Para Usahawan

Bentuk-Bentuk Penipuan Yang Sering Diamalkan Oleh Para Usahawan

Apabila anda sudah melangkahkan kaki dalam dunia keusahawanan, potensi untuk menjadi seorang pembohong amat mudah sekali. Benarkah?

Bertenang. Bukan menipu dengan pelanggan anda, tetapi menipu dengan diri sendiri. Bagaimana perkara ini boleh berlaku?

Justeru, saya menemui bahawa untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, anda harus berlaku jujur dengan diri sendiri terutamanya dan kemudian jujur dengan pelanggan dan rakan sekerja anda.

1 – “Perniagaan Ini Memang Bagi Aku Kaya!”

“Situasi apabila anda duduk termenung di kerusi sambil membayangkan produk dan perkhidmatan anda bakal memberi pulangan yang lumayan dan menguntungkkan. Selain itu, akaun bank anda kelihatan  berlaku penambahan angka di belakangnya”

Sekiranya hal-hal tersebut merupakan tanggapan anda apabila memulakan perniagaan, anda sudahpun dikira sebagai gagal. Apabila anda menjangkakan idea anda tersebut tidak akan mengalami kemerosotan, perniagaan itulah yang bakal membunuh anda.

Seorang usahawan adalah mereka yang sering mencari jalan menambahbaik perniagaan dan sedar mereka tidak punyai masa untuk berangan Mat Jenin. Membayangkan anda bakal menjadi jutawan segera dengan perniagaan yang dijalankan benar-benar membantutkan impian anda itu sendiri.

2 – “Menambah Ilmu Tidaklah Begitu Penting”

Bill Gates dan Warren Buffett memang terkenal dengan minat mereka membaca buku walaupun sudah menjadi usahawan yang sangat berjaya. Apabila bercakap tentang buku, hal tersebut berkait rapat dengan ilmu pengetahun. Dalam konteks ini, pengetahuan mengenai perniagaan.

Terdapat banyak buku yang sangat membantu untuk kita menambah ilmu pengetahuan terutamanya dalam menjalankan perniagaan. Mengapa tidak anda mengambil kesempatan ini untuk menambah ilmu?

Mungkin luangkan masa selama 15-20 minit sebelum anda memulakan rutin kerja bagi menambah ilmu tentang perniagaan. Tidak rugi pun!

3 – “Saya Hanya Perlu Kerja Keras Sahaja”

Terdapat banyak perkara yang perlu dan harus diketahui tentang penyataan “kerja secara bijak, bukan secara keras”

Dengan menghambakan diri anda bekerja sepanjang hari tidaklah menjadi penanda aras untuk anda menjadi lebih berjaya dan kaya. Dengan mempercayai bahawa hanya bekerja keras sahaja yang boleh buat anda berjaya, anda sebenarnya sudah menipu diri sendiri.

Namun, bekerja keras bukanlah sesuatu yang tidak baik untuk diamalkan, namun bekerja keras sahaja tidak membantu anda untuk membangun dan maju.

Sebab itu saya katakan bahawa membaca, menimba ilmu dan wujudkan jaringan perniagaan juga perlu bagi menyokong kerja keras anda tersebut

sumber : http://www.majalahniaga.com/bentuk-bentuk-penipuan-yang-sering-diamalkan-oleh-para-usahawan.html

Leave a Reply