Cara Mudah Buat Jualan 1 Juta
cara buat jualan 1 juta

Cara Mudah Buat Jualan 1 Juta

Hari ini kami ingin kongsikan dengan anda , bagaimana Cara Mudah Buat Jualan 1 Juta pertama dalam masa selewatnya satu tahun. Ramai orang inginkan jualan 1 juta ringgit setahun, tetapi tidak tahu cara yang mudah untuk merialisasikan perkara tersebut .

Jualan 1 juta ini tidak termasuk menjual hartanah. Kami ingin kongsikan dengan anda yang mana anda mempunyai Produk fizikal ataupun mempunyai perniagaan yang melibatkan Perkhidmatan.

Produk

cara buat jualan 1 juta

Pertama sekali, bagi anda yang memiliki Produk yang berharga RM 100, anda perlu meletakkan sasaran dalam masa setahun, anda perlu jual kepada 10 ribu pelanggan. 10 ribu ini jangan sasarkan kepada jualan yang berulang kerana anda tidak tahu sejauh mana dan sehebat mana produk anda dalam faktor penerimaan kepada pelanggan , walaupun anda yakin produk anda bagus.

Apakah yang anda perlu buat? Anda harus pastikan membuat pengiklanan supaya 10 ribu pelanggan mencuba produk anda. Oleh itu, daripada 36 juta sehingga 38 juta rakyat di Malaysia ini, anda perlu buat 10 ribu orang mencuba produk anda selama setahun dengan harga produk anda RM 100.

Bagaimana pengiraan untuk anda dapatkan jumlah sasaran pelanggan anda untuk sehari ? 10 ribu pelanggan dibahagi dengan 12 bulan dibahagi dengan 30 hari , oleh itu jumlah pelanggan sehari ialah 28 orang pelanggan.

Anda rasa berat untuk dapatkan 28 pelanggan sehari? Jika banyak, teruskan membaca.

cara buat jualan 1 juta

Yang kedua, bagaimana Cara Mudah Buat Jualan 1 Juta ? Anda perlu jual produk anda kepada 5 ribu pelanggan mencuba produk anda tetapi anda harus pastikan harga produk anda adalah RM 200. 5 ribu pelanggan senang atau susah untuk anda dapatkan ? Itu anda perlu gunakan teknik-teknik pemasaran yang anda pelajari, anda bersama kumpulan pemasaran anda merancang teknik terbaik untuk digunakan supaya dapat mencapai 5 ribu pelanggan daripada 36 juta – 38 juta rakyat Malaysia mencuba produk anda dalam masa setahun.

Bagaimana pengiraan untuk anda dapatkan jumlah sasaran pelanggan anda untuk sehari ? 5 ribu pelanggan dibahagi dengan 12 bulan dibahagi dengan 30 hari , oleh itu jumlah pelanggan sehari ialah 14 orang pelanggan.

Yang penting , anda harus pastikan kumpulan pemasaran anda menjual kepada 14 pelanggan dalam masa sehari sepanjang setahun. Setiap hari 14 orang membeli produk anda dengan harga produk RM 200 untuk mencapai jualan 1 juta dalam masa setahun.

Secara tidak langsung, 5 ribu pelanggan mencuba produk anda dalam masa setahun.

cara buat jualan 1 juta

Yang ketiga, Cara Mudah Buat Jualan 1 Juta ialah anda perlu jual produk anda kepada 2 ribu pelanggan untuk mencuba produk anda. Oleh itu, harga produk anda adalah RM 500, anda jual kepada 2 ribu pelanggan dalam masa setahun.

Anda buat pengiraan yang ringkas, 2 ribu pelanggan dibahagi dengan 12 bulan dibahagi dengan 30 hari , oleh itu jumlah pelanggan sehari ialah 6 orang pelanggan. Anda perlu rancang betul-betul dengan kumpulan pemasaran supaya dapat jual kepada 6 orang pelanggan sehari yang berharga RM 500.

cara buat jualan 1 juta

Yang keempat, produk anda harus dijual kepada 1 ribu pelanggan dengan harga produk anda RM 1000. Ada yang akan kata, produk berharga RM 1000 tidak ramai yang mampu beli, tetapi anda sebagai usahawan yang berjaya, anda harus fokus kepada sasaran anda iaitu untuk mencarap jualan 1 juta, anda harus menjual kepada 1 ribu pelanggan .

Gunakan kepakaran pemasan yang anda dan kumpulan anda miliki, untuk dapat kan sararan pelanggan seramai 1 ribu orang dalam masa setahun. Anda perlu tahu, untuk mencapai 1 ribu orang dalam masa setahun, bukanlah satu angka yang besar. Mari kita lihat, berapakah jumlah pelanggan yang perlu kita sasarkan untuk jualan sehari .

1000 dibahagi dengan 12 bulan dibahagi dengan 30 hari, sehari anda perlu sasarkan jualan anda hanyalah kepada 3 orang pelanggan. Untuk mendapatkan 3 orang pelanggan bukan lah satu perkara yang mustahil sekiranya anda membuat perancangan pemasaran yang teliti.

cara buat jualan 1 juta

Yang kelima, Cara Mudah Buat Jualan 1 Juta , anda hanya perlu jual kepada 500 orang pelanggan sahaja. Semakin lama semakin rendah semakin lama semakin rendah . Baik lah, untuk sasaran seramai 500 orang pelanggan setahun, anda memerlukan produk yang bernilai RM 2000. Produk apakah yang boleh dijual dengan harga RM 2000?

Banyak produk yang bernilai RM 2000 serta realistik dengan nilai produk, anda perlu mencari produk yang berharga RM 2000 dan sasar kepada 500 orang pelanggan setahun untuk mencapai jualan 1 juta ringgit setahun.

Oleh itu, bagaimana cara pengiraan untuk mendapatkan jumlah bilangan pelanggan yang harus disasarkan dalam masa sehari? 500 dibahagi dengan 12 bulan dibahagi dengan 30 hari, oleh itu anda hanya perlu menjual kepada 2 orang sahaja sehari dengan produk bernilai RM 2000.

Sebaiknya, anda kumpulkan kumpulan pemasaran berbincang dan buat perancangan dengan teliti untuk menggunakan apa jenis teknik pemasaran yang sesuai supaya dapat mencapai sasaran menjual kepada 2 orang sehari untuk produk yang bernilai RM 2000 bersamaan dengan 500 orang pelanggan setahun.

PERKHIDMATAN

Sebentar tadi anda diterangkan mengenai Cara Mudah Untuk Buat Jualan 1 Juta setahun sekiranya perniagaan anda melibatkan penjualan Produk, sekarang anda akan diterangkan berkaitan dengan Cara Mudah Buat Jualan 1 Juta dengan adanya perniagaan Perkhidmatan.

cara buat jualan 1 juta

Yang pertama anda perlu pastikan anda mempunyai pelanggan berulang setiap bulan selama setahun 5000 orang pelanggan. Adakah anda rasa terlalu banyak untuk mencapai jualan kepada 5000 orang pelanggan dalam masa satu tahun? Anda tidak perlu risau , anda perlu mencapai sasaran jualan kepada 5000 orang pelanggan dengan anda menyediakan perkhidmatan bernilai RM 17 sekali.

Mari kita buat pengiraan yang mudah, untuk mecapai sasaran pelanggan seramai 5000 orang dalam masa setahun, berapakah yang anda perlu jual sehari? Cara pengiraannya adalah 5000 dibahagi dengan 12 bulan dibahagi dengn 30 hari, jawapannya adalah 14 orang untuk anda berikan perkhidmatan sehari .

Apakah jenis perniagaan perkhidmatan yang boleh anda sediakan kepada 14 orang sehari dengan nilainya RM 17 ? Dan setiap 14 orang pelanggan itu akan mengulangi untuk dapatkan perkhidmatan dengan anda setiap bulan? Di sini kami berikan contoh , iaitu perniagaan gunting rambut.

Janganlah anda semata-mata gunting rambut , anda sediakan perkhidmatan untuk cuci rambut bersama, anda boleh caj dari harga RM 17 sehingga RM 20 malahan ada juga yang caj sehingga RM 25, oleh itu harga yang ditawarkan RM 17 adalah sangat berpatutan .

Kesimpulannya, untuk mendapat jualan 1 juta dalam masa setahun, anda perlu memberi perkhidmatan kepada 14 orang pelanggan sehari dengan nilai perkhidmatan RM 17 dan pastikan 14 orang pelanggan itu mengambil perkhidmatan dengan anda untuk bulan berikutnya. Untuk lebih jelas, bulan pertama 14 orang pelanggan , untuk bulan kedua, pelanggan anda akan menjadi 28 orang kerana 14 yang ulang datang dan 14 yang baru . Harap jelas setakat ini

cara buat jualan 1 juta

Kita teruskan dengan Cara Mudah Buat Jualan 1 Juta yang kedua, anda perlu sasar kepada 2000 orang pelanggan dalam masa setahun. Berapakah nilai perkhidmatan untuk capai jualan 1 juta? Nilai perkhidmatan anda adalah RM 42. Oleh itu berapakah bilangan pelanggan yang harus anda sediakan perkhidmatan dalam sehari?

Pengiraannya adalah 2000 pelanggan dibahagi dengan 12 bulan dibahagi dengan 30 hari , sehari anda perlu berikan perkhidmatan kepada 6 orang pelanggan baru. Anda hanya perlukan 6 orang pelanggan untuk anda sediakan perkhidmatan sehari.

Anda bincang baik baik dengan kumpulan pemasaran anda, rancang sebaiknya apakah yang anda dan kumpulan perlu lakukan untuk mendapatkan 6 orang pelanggan sehari dan pastikan 6 orang pelanggan baru ini mengambil perkhidmatan dengan anda setiap bulan.

Apakah jenis perniagaan perkhidmatan yang bernilai RM 42? Sebagai contoh, perkhidmatan yang bernilai RM 42 adalah perkhidmatan memotong rumput . Kebiasaannya, perkhidmatan memotong rumput untuk satu kawasan rumah adalah RM 40 sehinggan RM 100. Oleh itu, kita ambil nilai yang minima iaitu RM 42 satu rumah untuk perkhidmatan memotong rumput. Pastikan anda memberi perkhidmatan anda sehari kepada 6 orang pelanggan.

Atas pengetahuan semua, rumput akan panjang semula pada bulan hadapan, secara tidak langsug, sekiranya anda memberi perkhidmatan yang baik kepada pelanggan anda, sudah pasti bulan hadapan pelanggan anda yang 6 orang tadi , akan mencari anda untuk mendapatkan semula perkhidmatan dari anda.

Dengan adanya pelanggan 6 orang sehari , dan pelanggan yang baru ditambah setiap hari selama setahun dengan nilai perkhidmatan RM 42 setiap kali perkhidmatan , anda akan berjaya mencapai jualan 1 juta pertama. Pastinya jualan anda pada tahun hadapan adalah 1 juta setiap bulan. In syaa Allah.

cara buat jualan 1 juta

Yang ketiga, Cara Mudah Buat Jualan 1 Juta anda memerlukan sasaran pelanggan seramai 1000 orang dalam masa setahun dengan nilai perkhidmatan RM 83. Tetapi anda tidak perlu cari terus 1000 orang, anda perlu cari perlahan-lahan sehari anda memerlukan hanya 3 orang pelanggan baru yang mengambil perkhidmatan anda.

Bagaimanakah cara pengiraannya? 1000 dibahagi dengan 12 bulan, dibahagi dengan 30 hari, jawapannya sehari hanya memerlukan jumlah sasaran pelanggan seramai 3 orang sehari. Bincangkan dengan kumpulan pemasaran anda, apakah teknik pemasaran yang terbaik boleh digunakan supaya dapat mencapai jumlah sasaran pelanggan seramai 3 orang sehari dengan nilai perkhidmatan RM 83.

Paling penting adalah anda pastikan 3 orang pelanggan tersebut akan mengambil perkhidmatan dengan anda setiap bulan . Untuk merealisasikan sasaran ini , anda semestinya memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan anda. Dengan nilai yang diterima, pelanggan anda pasti akan mencari anda setiap bulan.

Apakah contoh perkhidmatan yang ada bernilai RM 83? Sebagai contoh adalah perkhidmatan dalam bidang kecantikan seperti perkhidmatan urut dan penjagaan kuku serta salun rambut. RM 83 sebulan ini adalah jumlah yang berpatutan untuk pelanggan keluarkan dan bayar kepada anda bagi mendapatkan perkhidmatan yang mereka perlukan.

Anda pastikan anda dan kumpulan anda mendapat kan 3 orang pelanggan baru setiap hari , pada masa yang sama, pelanggan sedia ada mengulang untuk mengambil perkhidmatan anda pada bulan berikutnya. Dengan ini anda akan dapat capai jualan 1 juta dalam masa setahun.

cara buat jualan 1 juta

Seterusnya Cara Mudah Buat Jualan 1 Juta yang keempat, anda memerlukan 500 orang pelanggan yang setia dengan anda dalam masa setahun. Dalam dunia perniagaan yang melibatkan perkhidmatan ini, anda memerlukan pelanggan yang setia dan konsisten untuk mendapatkan perkhidmatan daripada anda. Tetapi anda tidak perlu mencari 500 orang pelanggan sekaligus, anda akan tekanan.

Apa yang perlu anda buat adalah , 500 pelanggan dibahagi dengan 12 bulan dibahagi dengan 30 hari, jumlah bilangan pelanggan yang anda perlu sasarkan sehari hanyalah 2 orang pelanggan sahaja. Setiap hari anda dapatkan 2 pelanggan baru, pastikan 2 orang pelanggan sebelum ini mengulang ambil perkhidmatan anda pada bulan berikutnya, anda buat secara berterusan selama setahun, anda akan mencapai jualan 1 juta pertama.

Di tahap ini, berapa pula nilai perkhidmatan yang anda perlu sediakan kepada pelanggan anda? Nilai perkhidmatan anda adalah RM 167. Perkhidmatan apakah yang bernilai RM 167? Sebagai contoh anda boleh menyediakan perkhidmatan mengemas rumah.

Ramai dalam kalangan masayarakat kini, suami isteri kedua-duanya sibuk berkerja, menyebabkan rumah bersepah kerana tiada masa untuk mengemas rumah. Inilah peluang terbaik buat anda yang menyediakan perkhidmatan mengemas rumah kerana dapat membantu kalangan ini untuk menyelesaikan masalah mereka.

Anggaran harga di pasaran untuk perkhidmatan membersihkan rumah dalah RM 150 sehingga Rm 200 , kita ambil harga purata sebanyak RM 167 sebulan untuk membersihkan rumah dan anda perlu cari 2 pelanggan baru, pastikan pelanggan ini berulang setiap bulan selama setahun. Selepas setahun, anda pastikan sahaja pelanggan yang sama setia dengan anda, jualan anda setiap bulan akan menjadi 1 juta ringgit sebulan.

cara buat jualan 1 juta

Yang kelima, bagaimana Cara Mudah Buat Jualan 1 Juta dalam masa setahun? Anda perlu menyediakan perkhidmatan yang bernilai RM 278 sekali perkhidmatan. Di peringkat ini , berapa ramai orang pelanggan yang anda perlukan? Anda memerlukan 300 orang pelanggan dalam masa setahun.

Oleh itu, anda hanya memerlukan 30 orang pelanggan sebulan , dari sini anda hanya memerlukan 1 orang sehari untuk mencapai jualan 1 juta setahun. Anda harus mamastikan pelanggan akan mengambil perkhidmatan dengan anda setiap bulan dengan nilai perkhidmatan RM 278 setiap bulan.

Apakah jenis perkhidmatan yang bernilai RM 287 ? Sebagai contoh perkhidmatan adalah taska. Sehari pelanggan hanya belanja lebih kurang RM 10 oleh itu sebulan RM 300 untuk kos penjagaan anak.

Selain itu, perkhidmatan yang bernilai RM 300 adalah perkhidmatan perakaunan. Sediakan perkhidmatan pengkeranian seperti mana kami sendiri ada menyediakan perkhidmatan pengkeranian untuk perakaunan. Perkhidmatan yang disediakan termasuklah penyediaan segala dokumentasi yang diperlukan untuk ‘tax declaration’ . Satu bulan hanya RM 700 sebulan sahaja .

Oleh itu , daripada anda bayar RM 1200 sebulan untuk kerani akaun yang belum tentu boleh buat akaun syarikat anda dengan baik , adalah lebih baik anda bayar kepada yang lebih profesional dengan hanya membayar hanya RM 700 sebulan untuk meyelesaikan masalah perakaunan syarikat anda. Ini antara perkhidmatan yang kami sendiri sediakan dan diajarkan kepada mereka yang ingin belajar.

Sebaiknya, sediakanlah perkhidmatan- perkhidmatan seperti ini, pastikan pelanggan anda mengambil perkhidmatan dengan anda setiap bulan selama setahun. Dengan ini , selepas setahun, jualan syarikat anda akan menjadi 1 juta setiap bulan untuk tahun berikutnya.

Sekian perkongsian dari kami untuk tajuk Cara Mudah Buat Jualan 1 Juta . Terima Kasih kerana meluagkan masa untuk membaca.

Leave a Reply