Katakan 4 Jenis ‘TIDAK’ Untuk Berjaya Dalam Bisnes

Katakan 4 Jenis ‘TIDAK’ Untuk Berjaya Dalam Bisnes

Tidak adalah perkataan yang paling ditakuti untuk didengari dan terkadang paling sukar untuk diucapkan baik dalam urusan pekerjaan, urusan seharian termasuklah dalam perhubungan sesama manusia. Sebenarnya, mengucapkan tidak adalah perkara yang paling susah untuk dipelajari dan dilakukan dalam bisnes.

Tetapi, untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya kita perlu belajar dan tahu bila dan bagaimana untuk berkata tidak supaya bisnes. kita akan berkembang maju bukan mengecil mundur.

Kadang-kadang perkataan TIDAK akan berbunyi negatif , tetapi hasilnya adalah POSITIF, untuk anda dan bisnes anda. Berikut adalah bila dan bagaiman anda harus mengatakan TIDAK! :

1-Katakan Tidak Kepada Pelanggan Toksik.

Bila bisnes. , kita tidak akan lari daripada berjumpa pelanggan yang akan membuatkan kita stress dengan pelbagai kerenah dan ragam. Memang apabila ada pelanggan sebegini, jenuh kita nak melayannya serba tak kena, tetapi kata orang “customer is always right”, jadi bagaimana?

Kita kena bijak menilai, kalau pelanggan kita itu payah nak bayar dengan seeloknya, selalu berhutang, selalu komen macam-macam lebih daripada orang walaupun untuk perkara kecil mungkin mereka adalah pelanggan toksik yang tidak berbaloi untuk disimpan dan dilayan.

Mungkin tanpa kehadiran mereka, bisnes. anda akan lebih berjaya, tiada lagi pelanggan yang menyebabkan kerugian, yang memberikan komen negatif yang boleh menyekat pelanggan baru lain daripada datang ke kedai.

Jadi, daripada kita melayan pelanggan toksik hingga mencemari
bisnes. kita sebaiknya katakan TIDAK daripada awal jika kita tidak boleh memenuhi permintaan pelanggan yang terlebih cerewet dan ‘demand’.

2- Katakan Tidak Kepada Barangan Atau Diskaun Percuma.

Apabila pelanggan kita meminta barangan percuma, pengurangan harga, diskaun pada setiap pembelian kerana pelanggan setia katakanlah, fikir dua kali sebelum bersetuju.

Memang selalunya beri barangan percuma atau diskaun adalah teknik biasa dalam bisnes. . Tetapi bukan selalu harus kita buat teknik ini.

Jangan biasa manjakan pelanggan dengan hadiah percuma. Tujuan pemberian hadiah atau diskaun adalah untuk promosi.

Kosnya juga termasuk dibawah kos marketing. Kalau setiap kali membeli pelanggan mahukan hadiah atau diskaun, ibaratnya kita beri keuntungan kepada pelanggan secara percuma.

Harus bila mahu buat promosi dan bila perlu kata TIDAK apabila pelanggan memintanya dengan pelbagai alasan. Nak jaga hati pelanggan kena jaga periuk nasi sendiri dan pekerja dahulu.

Jangan takut nak kata TIDAK dan buat pelanggan hampa. Kalau servis atau produk anda betul-betul bagus pasti mereka akan beli lagi walaupun tanpa hadiah atau diskaun percuma.

3- Katakan Tidak Kepada Kerja Overtime.

Apabila ada bisnes kadang-kadang kita boleh terlajak waktu semasa bekerja kerana terlalu bersemangat dan terlalu minat. Tidak mustahil kalau kita boleh kerja lebih dari waktu pejabat semasa kita jadi pekerja dahulu. Kita kena set dulu masa bisnes. kita supaya kita dapat kekalkan tahap efisien semasa bekerja.

Sebagai usahawan, masa bekerja adalah fleksibel dan kita sendiri yang menetapkan waktu kita bekerja. Seeloknya jangan bekerja lepas daripada waktu yang ditetapkan.

Bekerja lebih masa bukanlah faktor yang menjadikan kita kaya-raya. Kalau kaya pun mungkin kita akan hilang kekayaan yang lain seperti kekayaan kesihatan, kasih-sayang keluarga, kemanusiaan dan sebagainya.

Belajar uruskan masa dan belajar katakan TIDAK apabila ada keinginan untuk terus bekerja lebih masa kerana wang sehingga perkara lain terabai.

Katakan TIDAK juga bila ada pelanggan yang inginkan perkhidmatan kita diluar waktu bekerja yang kita tetapkan. Jangan biasakan menurut permintaan pelanggan tanpa sebab yang kukuh.

Maklumkan mereka jadual bekerja kita dan jika dirasakan perlu untuk dituruti, pelanggan penting mungkin, kenakan caj ekstra kepada mereka.

4- Katakan Tidak Kepada Tunggakan.

Sebagai usahawan, kita tidak boleh berhutang sana-sini atau memberi hutang. Kita bukanlah menguruskan bank untuk ambil tahu mengenai baki tunggakan atau jumlah yang perlu dibayar oleh orang lain.

Pastikan anda sudah tetapkan terma dan syarat bagi urusan pembayaran, isu kerosakan, tuntutan semula dan sebagainya kerana dengan adanya syarat dan terma yang jelas, kita tidak perlu melayan kerenah dan tuntutan pelanggan yang tidak perlu. Memudahkan untuk katakan TIDAK kepada pelanggan.

Leave a Reply