KENAPA KITA KENA DAFTAR BISNES DAN ADA AKAUN SEMASA UNTUK BISNES

KENAPA KITA KENA DAFTAR BISNES DAN ADA AKAUN SEMASA UNTUK BISNES

Minggu ni, saya nak kongsi sikit mengenai hal undang-undang berkaitan bisnes.

Ya, mungkin bunyi macam bosan sikit tapi penting tau! Perniagaan kita (walaupun kecil-kecilan, online mahupun offline) secara sah didaftarkan sebagai entiti perniagaan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
Jadi, sebab tu lah kita kena daftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Kenapa penting sangat kita kena daftar ni?

Supaya nampak kredibiliti kita sebagai seorang peniaga yang boleh dipercayai. Bila kita berniaga dan berdaftar secara sah, kita akan dapat nombor pendaftaran syarikat. Dan kemudian kita boleh pamerkan nombor pendaftaran tu untuk umum. Bila bisnes kita nampak sah, haa barulah senang orang nak membeli dengan kita tanpa rasa ragu-ragu.

Selain tu, apa lagi kepentingan berdaftar secara sah dengan SSM ni?

Yang pertamanya, sudah tentu kita dah terlepas dari risiko dikenakan denda sebanyak RM50,000 atau penjara dua tahun. Anda tak perlu risau pun. Untuk mendaftar dengan SSM ni, kita hanya perlukan modal sebanyak RM60 je setahun. Kami di TSS pasti keuntungan bisnes anda semua berlipat kali ganda dari jumlah ni kan. Jadi, apa salahnya melabur sikit untuk kebaikan bisnes anda kan?

Selain untuk menghalalkan bisnes anda, sebenarnya ada banyak lagi kebaikan apabila kita berdaftar dengan SSM ni. TSS akan kongsi sikit secara umum apa lagi kebaikan yang anda akan dapat kalau berdaftar dengan SSM:

  • Memudahkan urusan-urusan perniagaan bersama pembekal dari dalam atau luar negara.
  • Memudahkan urusan-urusan pembelian perumahan, mesin operasi, jentera, kenderaan atau keperluan lain. Kita ada bukti bahawa perniagaan kita wujud jadi sebarang transaksi menggunakan nama syarikat adalah sah.
  • Memudahkan kita belajar dan ambil tahu selok belok pengurusan perniagaan sebagai persiapan ke arah pensyarikatan pula ( Sdn Bhd ) sekiranya perlu.
  • Rekod duit keluar masuk yang baik dan dokumentasi yang lengkap, memudahkan pelbagai urusan di masa depan, termasuklah pengistiharan cukai pendapatan dan membuat perkiraan zakat ( bagi Muslim ).

Kesimpulannya, tak rugi jika kita semua berdaftar dengan SSM. Urusan nak mendaftar perniagaan di SSM ni cukuplah mudah dan tak ambil masa yang terlalu lama pun untuk diproses. Kalau rajin, anda boleh Google di internet untuk mendapatkan maklumat cawangan SSM berhampiran tempat tinggal anda dan anda boleh mendaftar di sana.

Suka dengan tips ini ? Kongsi dengan kawan-kawan yang lain tau. Moga bermanfaat!

(Diadaptasi dari kandungan MajalahNiaga)

 

Leave a Reply