Nasihat Pelaburan Yang Terbaik Dalam Hidup Mengikut Pakar-Pakar Kewangan Seluruh Dunia

Nasihat Pelaburan Yang Terbaik Dalam Hidup Mengikut Pakar-Pakar Kewangan Seluruh Dunia

Ada banyak cara untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Pelaburan adalah salah satu cara untuk meningkatkan jumlah Kewangan yang kita ada.

Berikut adalah pandangan mereka yang pakar dalam melabur dan inilah pelaburan terbaik menurut mereka.

#1- Habiskan Masa Dengan Ahli Keluarga.

Mungkin ramai orang ingat pelaburan terbaik adalah stok saham dan sebagainya akan tetapi pelaburan yang paling bagus adalah yang dibuat untuk keluarga.

Dia menghantar anak-anaknya ke sekolah swasta yang menjanjikan pembelajaran secara ‘private’.

Menghantar anak ke sekolah swasta sebegini memang memerlukan lebih banyak wang daripada ke sekolah kerajaan.

Akan tetapi, dia sanggup berhabis dan anggap ini adalah pelaburan terbaik kerana ilmu adalah harta yang terbaik untuk diberikan kepada anak-anak.

Pasangan yang berkahwin perlu berkorban untuk kesenangan anak-anak mereka pada massa hadapan.

Bagi mereka yang tidak berkahwin, pelaburan boleh dilakukan untuk diri sendiri dan ahli keluarga yang tersayang.

Baik yang bujang mahupun yang berkahwin, tidak perlu berhabis-habisan membeli barangan mahal untuk mereka.

Laburkan duit untuk melakukan aktiviti bersama dan mengeratkan perhubungan seperti beriadah, melancong dan sebagainya.

#2-Laburkan Wang Untuk Minat.

Kyle Taylor, pengasas syarikat kewangan mengatakan yang dia telah mula melaburkan wang untuk minat sejak muda lagi.

Minatnya adalah dalam bidang politik. Semasa semester pertama di kolejnya, ada sekumpulan orang politik memerlukan pemandu sementara, jadi, Taylor mengambil peluang tersebut untuk bekerja dengan mereka.

Akhirnya, dia berhenti daripada universiti dan bekerja untuk menjayakan kempen bagi parti politik tersebut secara sepenuh masa.

Walaupun ada yang merasakan itu adalah satu kerugian akan tetapi baginya, itu adalah tempoh pelaburan yang menguntungkan.

Daripada sinilah dia belajar berkempen, cara berkomunikasi dengan orang lain dan menjual idea. Pekerjaan ini bukanlah teori semata-mata tetapi secara praktikal.

Dia mendapati humor adalah senjata terbaik untuk memenangi hati orang. Kebanyakkan kejayaan yang dia perolehi sekarang adalah hasil pelaburannya bekerja dalam kempen politik yang sementara semasa muda dahulu.

Jadi, dia nasihatkan anda untuk jadikan hobi anda sebagai bisnes anda kerana ia pasti jadi pelaburan yang menguntungkan kerana anda dapat buat duit dan perkara yang anda sukai pada waktu yang sama.

#3- Jangan Gunakan Masa Tetapi Laburkan Masa.

Sebagai pakar duit, John Rampton berkata dia bermula dengan kesukaran. Dia bekerja di tapak pembinaan untuk membayar kolej.

Semasa bekerja, dia mengalami kemalangan dan ini mengakibatkan kecederaan pada kaki kirinya.

Doktor memberitahu yang dia tidak dapat berjalan lagi dan dia menghabiskan masa hampir setahun di katil.

Dia sedar yang hidupnya hanya sia-sia jika tidak berbuat apa-apa dan menghabiskan masa dengan menonton televisyen dan hanya meratapi nasib. Jadi dia membuat keputusan untuk melaburkan masa dalam pelajaran.

Setiap hari, dia menghabiskan kira-kira 16-20 jam sehari untuk belajr mengenai marketing secara online. Pelaburan masa mempelajari marketing ini adalah titik permulaan utnuk kariernya.

Sejak dari itu, dia memulakan beberapa buah syarikat dan syarikatnya telah terpilih sebagai salah satu syarikat yang berpengaruh di dunia oleh Majalah Entrepreneur.

Kini, dia sedang belajar untuk berjalan kembali dan menentang pendapat umum.

Nasihatnya cuma satu, apa-apapun yang kita ingin lakukan jangan lakukan sekadar untuk mengisi masa lapang atau menghabiskan masa sebaliknya laburkan masa dengan perkara yang akan mendatangkan keuntungan kepada kita.

#4-Laburkan Wang Kepada Matlamat Hidup.

Pakar kewangan untuk golongan Milennia, Stefanie O’Connell memberitahu yang dia pernah bekerja dengan banyak universiti dan syarikat-syarikat terkenal akan tetapi dia bercita-cita mahu membantu orang ramai untuk memiliki tahap kewangan yang bagus.

Daripada situlah pelaburan terbaiknya bermula. Pada tahun 2010, setelah tamat belajar, dia masih bergelut dengan krisis kewangan.

Dia membaca sebuah buku kewangan buat pertama kali dan terinspirasi untuk membuka Roth IRA.

Menurutnya, itu adalah pelaburannya yang terbaik dan pasaran market adalah luas. Hasil pembacaannya, dia mula mempunyai tabiat untuk melabur secara konsisten dan dia juga turut menasihatkan golongan belia untuk melakukan perkara yang sama.

#5-Pilih Pelaburan Yang Berbaloi.

Pakar kewangan dan penulis terkenal David Bach berkongsi yang pelaburan terbaik yang rumah apartment yang dibelinya di San Francisco dan di Manhattan.

Dia menghuni rumah tersebut dan itu adalah pelaburan yang sangat berbaloi kerana perumahan di kawasan itu strategik dan nilai asetnya meningkat kerana lokasi dan kemudahan di kawasan sekitar.

Mungkin ada antara kita yang mencari rumah yang serumah yang mungkin. Ikutlah kemampuan tetapi sekiranya berkemampuan untuk melabur dengan membeli rumah, cari rumah terbaik yang mendatangkan keuntungan kepada keuntungan kelak.

#6-Merancang Untuk Persaraan.

Wes Moss, seorang pakar kewangan yang aktif mengendalikan slot “Money Matters” di stesyen radio berkata, sejak bekerja, dia membuat pelaburan untuk rancangan persaraannya.

Semakin dia tua, semakin banyak dia menyimpan ke dalam akaun pencennya. Dia mahu pencen awal dalam keadaan yang menggembirakan dan menikmati kehidupan yang sepenuhnya.

#7-Hadiri Seminar.

Tony Robbins mempunyai kekayaan sebanyak 500 juta dan dikenali ramai kerana kepandaiannya melabur wang.

Dia bukanlah seorang pelajar cemerlang semasa zaman persekolahan. Dia mengakui yang dia sebenarnya tiada hala tuju dalam hidup.

Semasa dia berusia 17 tahun, dia menolong kawan ayahnya berpindah dan itu adalah ‘turning point’ buatnya.

Ayahnya berkata, kawannya itu kini telah berjaya sedangkan dahulu dia tiada apa-apa dan tidak dipandang orang.

Robbins bertanya apakah rahsianya dan kawan ayahnya berkata, dia menghadiri seminar yang dikendalikan oleh Jim Rohn.

Jadi dia juga turut menghadiri seminar yang sama dan menghabiskan 35 dolar daripada 40 dolar yang dia ada.

Pada ketika itu, keputusan tersebut sukar hendak dibuat kerana jumlahnya agak besar bagi Robbins.

Jika ditanya pada hari ini, keputusan sukar yang dibuat untuk menghabiskan hampir kebanyakkan wang yang dia ada untuk menghadiri seminar tersebut adalah pelaburan dan keputusan terbijak yang dia pernah buat.

Pesannya, apabila berhadapan dengan krisis kewangan, fokus untuk kawal apa yang anda boleh buat dan ubah.

sumber : https://www.majalahniaga.com/nasihat-pelaburan-yang-terbaik-dalam-hidup-mengikut-pakar-pakar-kewangan-seluruh-dunia.html

Leave a Reply