Perkara Paling Besar Yang Menghalang Untuk Memulakan Bisnes

Perkara Paling Besar Yang Menghalang Untuk Memulakan Bisnes

Sudah lama baca tentang bisnes tetapi belum mula pun lagi berbisnes? Sudah pergi macam-macam seminar atau kursus tetapi bisnes masih belum lagi berkembang? Sudah follow banyak post bisnes di Facebook tetapi masih di takuk lama? Nampaknya seperti ada halangan yang besar yang kita tidak nampak. Seperti ada tembok lutsinar yang sentiasa kita terhantuk apabila berbisnes.

#1 – Halangan

1) Masih belum ada idea bisnes
2) Tiada modal
3) Tiada kemahiran berbisnes
4) Rakan kongsi tipu
5) Kekurangan staf

Dan banyak lagi. Tapi itu semua hanyalah alasan. Ya, itulah perkara paling besar yang menghalang bisnes kita. Kita sentiasa fikir perkara-perkara yang kompleks. Contohnya, apabila bisnes kita tidak berkembang, kita fikir yang ia pastinya berkaitan sesuatu yang kompleks, seperti copywriting, teknik jualan, leadership dan sebagainya.

#2 – Tanya Pada Diri Sendiri

Kita selalu berfikir dari luar ke dalam. Kita selalu mencari apakah faktor luaran yang mengganggu. Itulah yang dinamakan alasan. Semua faktor luar yang tidak boleh kita kawal hanyalah alasan kita tidak berkembang. Tanya semula pada diri: “Adakah mereka kisah jika saya tidak berkembang?” contohnya :

1) Adakah mereka kisah saya belum ada idea bisnes?
2) Adakah mereka kisah saya tiada modal duit?
3) Adakah mereka kisah saya tiada kemahiran berbisnes?
4) Adakah rakan kongsi kisah saya kena tipu?

Jawapannya tentulah tidak. Sebab itulah ianya adalah alasan semata-mata. Halangan paling besar adalah mindset kita yang kerap memberi alasan. Apabila kita kerap memberi alasan, kita tidak mungkin tampil dengan penyelesaian. Ini kerana, penyelesaian adalah perkara yang kita fikir secara terbalik. Secara dalam ke Luar. Penyelesaian tidak memerlukan faktor luar untuk dijalankan. Cukup dengan diri kita untuk selesaikan. Contohnya:

#3 – Mencari Jalan Penyelesaian

1) Saya masih belum ada idea bisnes. PENYELESAIAN: Ambil apa-apa idea bisnes dan buat.
2) Saya masih tiada modal duit. PENYELESAIAN: Gunakan modal akal atau modal kemahiran atau modal sosial.
3) Saya tiada kemahiran bisnes. PENYELESAIAN: Buat dahulu bisnes dan asah kemahiran secara berdikit-dikit.
4) Saya takut kena tipu lagi dengan rakan kongsi. PENYELESAIAN: Jangan ambil dia lagi sebagai rakan kongsi.
5) Saya kena tipu dengan staf. PENYELESAIAN: Buang staf tersebut. Laporkan pada polis.

Nampak mudah bukan? Memang kerana ianya mudah. Berbisnes ini asasnya sangat mudah. Yang buat ia jadi susah apabila kita mahu jalankan bisnes dengan ‘perfect’ macam kita jawab soalan peperiksaan. Kita mahu bisnes kita yang pertama kali kita jalankan ini meletup-letup macam pisang goreng panas, membesar setara dengan Facebook yang dinilai berbilion-bilion ringgit itu.

#4 – Ubah Mindset

Jika ada dalam minda kita perkara seperti itu, elok sangat kita cuci mindset bisnes kita sebersih-bersihnya. Kerja mencuci mindset kita ini bukanlah perkara yang buku ini layak lakukan. Apatah lagi mahu lakukan dalam artikel pendek sebegini ini. Mindset saya pun sebenarnya di cuci dan di tonyoh oleh tuan Bukhari Ramli.

Bukan saya seorang yang kena cuci mindset, ramai lagi rupanya. Lepas cuci rasa ringan kepala. Macam telah terlepas segala beban yang selama ini menarik diri jauh ke dasar yang gelap gelita. Nak rasa lega sebegitu? Nak pecahkan tembok potensi bisnes sendiri? Sila sambung baca di link berikut: http://j.mp/cloroxbiz

sumber : http://www.majalahniaga.com/perkara-paling-besar-yang-menghalang-untuk-memulakan-bisnes.html

Leave a Reply