Sebab Utama Mengapa Usahawan Perlu Tahu Tentang Value Bisnes

Sebab Utama Mengapa Usahawan Perlu Tahu Tentang Value Bisnes

Mengapa kita perlu tahu Value bisnes atau value produk kita? Ini persoalan yang bukan sahaja anda terfikir sekarang, tetapi akan sentiasa berfikir tentangnya bermula hari ini.

Apa aplikasinya ke dalam bisnes kita? Antara tetuan saya pasti sudah ada yang mengangguk-angguk tanda mula nampak ‘jalan yang lurus. Kepada anda yang masih belum nampak, berikut adalah sebab utama mengapa kita perlu tahu Value bisnes kita:

“PEMASARAN”

#1 – Jualan & Pemasaran

Ya, kegunaan utama kita mengetahui Value bisnes kita adalah agar kita mampu menjalankan aktiviti Sales & Marketing dengan berkesan. Dengan sangat berkesan sehinggakan apabila prospek mendengar dengan produk kita, beliau tanpa bertangguh-tangguh menghulurkan wang kepada kita dan bersungguh-sungguh mahu produk kita.

Bukankah itu satu nikmat yang kita kejar selama ini? Apa kaitannya Value Bisnes dengan Marketing bisnes kita? Kaitannya mudah sahaja. Apabila kita tahu Value Bisnes kita, dan tahu pula Value produk kita, maka kita akan nampak dengan jelas siapakah pelanggan kita.

Kita akan sedar bahawa bukan semua orang adalah pelanggan kita. Dalam 100% orang yang nampak sekali imbas produk kita tadi, mungkin hanya 10% sahaja adalah mereka yang betul-betul memerlukan Value produk kita tadi.

Akibatnya, strategi marketing kita akan ‘fall into places’ dengn sendirinya. Kita tidak lagi terkejar-kejar mahu buat iklan yang hebat, tetapi iklan kita akan sendirinya jadi hebat, sebab iklan kita jadi fokus kepada mereka yang mahukan value bisnes kita. Kita tidak mungkin boleh hasilkan kempen pemasaran yang bagus jika kita tidak tahu langsung Value bisnes kita.

#2 – Value PTS

Contoh paling mudah, apakah dia Value PTS? 1) Bahasa Melayu Tinggi, 2) Syariah Compliant.

Maka semua marketing effort PTS akan berkisarkan tentang memberitahu kepada seramai mungkin orang di Malaysia tentang Value tersebut, agar 10% daripada mereka yang benar-benar selari dengan Value PTS tahu kewujudan PTS dan seterusnya ‘bonding’ dengan bisnes PTS.

Maka apakah Value bisnes anda? Kita ambil contoh produk anda adalah produk komuniti, contohnya Nasi Lemak, dan setelah bertanya kepada pelanggan sedia ada, mereka kata mereka suka Nasi Lemak tuan kerana 1) Puas makan sebab banyak dan 2) Puas makan sebab sedap, maka anda sudah tahu itulah Value Nasi Lemak anda.

Maka pelanggan ideal anda adalah mereka yang mahukan “Nasi Lemak yang Sedap dan Mengenyangkan”. Kempen pemasaran seharusnya berkisar kepada memberitahu kepada seluruh alam bahawa anda ada jual “Nasi Lemak yang Sedap dan Mengenyangkan” dengan tagline “Kenyang Perut Puas Hati”.

Nampak mudah bukan? Ya, kerana sekarang, anda sudah tahu gerak kerja paling asas untuk marketing: 1) kenalpasti Value produk tuan daripada pelanggan sedia ada, 2) beritahu seramai mungkin Value bisnes anda.

Saya kongsi satu rahsia, iaitu pemain bisnes tempatan sangat lemah bab marketing ini, sehinggakan jika anda buat 2 langkah di atas sahaja pun sudah boleh menapak lebih jauh daripada pemain dan pesaing anda.

sumber : http://www.majalahniaga.com/sebab-utama-mengapa-kita-perlu-tahu-value-bisnes-kita.html

Leave a Reply